Akademi Fantasia (musim 11)
Akademi Fantasia (musim 11)

Akademi Fantasia (musim 11)

Akademi Fantasia 2014 (AF2014) ialah rancangan realiti musim ke-11 Akademi Fantasia yang disiarkan di Astro Ria mulai 1 September 2014. Musim ini mengembalikan format lama Akademi Fantasia (Musim 1-9). Tenaga pengajar untuk musim ini ialah tenaga pengajar yang pernah mengajar pada musim sebelumnya, Linda Jasmine, Fatimah Abu Bakar, Siti Hajar, Acis dan Marlia Musa. Pada 7 September 2014, semasa konsert pertama berlangsung, telah diumumkan bahawa Dato' Hattan ialah pengetua untuk musim ini, sementara Zizan Razak kembali menjadi pengacara dan pada penghujung konsert pertama, Faizal Ismail diumumkan sebagai pengacara. Jihan Muse ditugaskan sebagai pengacara Diari Akademi Fantasia.